Siapa kata, ujian itu membebankan? Siapa kata kata ujian itu menyusahkan?
Tiada lain hanya ucapan syukur yang dapat dikatakan...
Teringat kata-kata seorang sahabat..
"Syam, awak telah memilih jalan yang betul.. tapi percayalah awak mesti kuat...sebab ujian itu tetap ada.. dari sudut apapun. Tapi tak mengapa, Allah berikan ujian sebab Dia tak mau kita sayang dunia, tabahkan hati kerana Allah, lakukan apa sahaja kerana Allah,insyaAllah kita boleh... Allah nak kita lebih sayangkan akhirat.. "
Walau seberat mana pun ujian itu, kalau kita bersabar dan bersangka baik pada Allah, hati kita akan tenang, dan kita akan semakin sayangg pada Allah, Allah pun akan pandang kita dengan pandangan rahmat :')
Dan semakin hari, aku semakin dapat merasakan kasih sayang Allah.. Dia menganugerahkan aku ketenangan hati.. dan juga pelbagai berita gembira dan perkara yang menggembirakan. Mungkin suatu ketika, kita pernah bersedih tapi jangan menyalahkan takdir, jangan menyalahkan Allah, jangan mengeluh, kerana hikmah itu pasti ada, bersabar dan bersangka baik, insyaAllah akan ada keindahannya.
:') Allah, indahnya mencintaiMU...
like this post?

Dunia itu tiada nilainya, cumalah tempat untuk kita membersihkan hati
sila tekan play dulu, baru baca :')
Dunia dan akhirat? Yang mana yang kamu mahukan?
Letak dunia di tangan, akhirat di hati.
Bila kita muhasabah diri kita setiap hari.. apakah yang aku lakukan ini? Untuk apakah aku lakukan ini?
Aku belajar di sebuah universiti, untuk apakah? Untuk mendapat gelaran sebagai engineer yang berjaya, punya rumah dan kereta yang mewah, dihormati , dan mendapat martabat yang lebih tinggi dari orang lain, boleh berbangga dengan pangkat yang ada.....bangga sekiranya berjaya mencipta sesuatu yang baru, sebuah bangunan shopping complex yang baru contohnya.. Apakah niatmu? Untuk membanggakan diri, dan juga membanggakan ibu bapa, semata-mata itu?
Alangkah lebih indah sekiranya kita melakukan sesuatu itu untuk bekalan di hari akhirat. Bukankah dunia ini hanyalah tempat untuk kita diuji. Yang mana golongan yang beriman dan mana golongan yang terpelosok ke lembah dunia yang bahaya yang boleh melupakan kita tentang Sang Pencipta? Sekiranya kini kamu sedang belajar di Universiti atau apa sahaja pekerjaan yang sedang kamu lakukan, niatkanlah kerana Allah swt. Belajarlah, carilah ilmu bukan untuk berbangga, tetapi kembalikan segalanya kepada Allah. Carilah ilmu untuk beramal. Carilah ilmu supaya Islam dihormati. Carilah ilmu supaya mudah mendapatkan rezeki yang halal tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain. Jangan pula lupa untuk bersedekah, kerana rezeki itu dtgnya dari Allah, mengapa harus lokek untuk memberi kepada golongan yang memerlukan, malah bersedekah itu adalah amalan mulia. Boleh jadi bekal untuk di akhirat.Jangan pula di akhirat nanti kita menyesal kerana mengejar dunia semata-mata tanpa membuat bekal untuk akhirat.
Ukur diri kita, apakah kita sedang mengejar nikmat dunia semata-mata? Kita berpakaian cantik dan berfesyen hingga jatuh kepada tabaruj itu untuk apa? Untuk meninggikan darjat diri supaya nampak lebih menarik dari orang lain, dan rasa seperti kita lebih hebat dan cantik dari orang lain, maka itu sudah menyebabkan kita sombong dan lupa bahawa... Allah tidak sesekali melihat paras rupa kita, tetapi Allah melihat hati kita. Semuanya adalah UJIAN semata-mata. Lagi pula, kecantikan itu bukan milikmu. BUKAN! Itu milik Allah, sekiranya Allah mahu menukar wajahmu menjadi si hodoh, sekelip mata Allah boleh tukarkan. Siapa kita mahu berbangga lagi? Malah, pernahkah engkau mensyukuri nikmat yang ada? Kecantikan yang ada? Kesihatan yang ada pada dirimu? Kesempurnaan yang ada? Pernah kah bersyukur, lalu bagaimana caranya kamu bersyukur? Dengan mengucap Alhamdulillah? begitu sahaja, apakah kamu sudah merasa cukup? Bagaimana pula dengan hatimu itu, yang telah bersalut dengan rasa bangga, riak , ujub dan takabbur itu, bukan kah perlu dibersihkan?
Sekali lagi, Allah melihat hati kita. Itulah yang kita bawa menghadapNya di hari pengakhiran kelak. Kini kamu sudah puas menghias diri, puas menjaga penampilan malah menarik perhatian manusia sekeliling untuk melihatmu, untuk terpesona dengan mu. Bagaimana dengan hatimu? Sudah cukup bersihkah? Bercahayakah ? Atau penuh dengan titik-titik hitam? Malunya menghadap Allah dengan hati yang kotor, sedangkan Allahlah yang paling patut diutamakan, bukannya sibuk menghias fizikal menyediakan diri untuk tatapan mahkluk semata-mata.
Kehidupan dunia hanyalah permainan, melalaikan dan kesenangan yang menipu.
Firman Allah SWT,
”Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS, Al-Hadid : 20)
Firman Allah SWT,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (QS, Ali Imran : 14).
Firman Allah SWT,
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS, At-Takatsur: 1-5).
Firman Allah SWT,
“Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syetan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah”. (QS, Fathir : 5)
Astaghfirullah. Ya Allah, perbaikilah diri kami, berikanlah hidayah kepada kami. Jangan biarkan kami terus menerus melakukan maksiat kepadaMu, jadikan kami hambaMu yang pandai mensyukuri nikmatMu, jadikan kami ingat akan siapa kami, kurniakan lah kami perasaan takut kepadaMu.
*Saya insan yang juga sedang memperbaiki diri, nasihat ini untuk diriku, kata-kata marah ini, adalah perasaan marah pada diriku yang sering lupa tentang hakikat diri sebagai hamba* like this post?

Bagaimana kita mahu mengukur bahawa diri benar-benar sudah bertaubat?
- Bagi hamba-hamba yang bertaubat, mereka sentiasa berasakan diri masih ada dosa-dosa yg masih belum terhakis. Air mata sering mengalir tanpa dibuat-buat. Tidak kira ketika bersendirian atau di khalayak ramai. Tidak mungkin sesorang itu mampu berpura-pura merembeskan air mata tanpa sebab.
- Hati lebih tenteram dan suka mendekati org soleh berbanding mendekati mereka yang fasik. Bukanlah bermaksud memilih kawan tetapi apabila sesorang itu bersama dengan kelompok yang sering mengingati Allah swt, hatinya akan berasa setenang sungai yang mengalir. Sekiranya sedang bersama rakan-rakan yang ghairah mengejar kehidupan dunia, induvidu itu akan berasa kosong dalam hati dan hidupnya.
- Berasakan dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah Taala.
- Dirinya sentiasa sibuk menunaikan kewajiban terhadap Allah, dan tidak sedikitpun sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
- Sungguhpun sedikit rezeki yang didapati di dunia ini namun yang dirasai adalah sebaliknya. Dan walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakan namun ia tetap rasa sedikit.
- Sentiasa menjaga lidah dan ucapan, sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.
Wallahualam....................................... Setelah membaca huraian yang diberikan, dapatkah kita simpulkan sejauh mana keikhlasan sendiri? Apa jua yang dirasa, muhasabahlah. Usah bersedih jika sifat-sifat yang disenaraikan masih belum dimiliki. Itu hanyalah garis panduan. Berusahalah mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt. Bukankah allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Sesungguhnya Allah swt sedang merindui untuk mendengar rintihan taubat anda.
Sumber : m/s 181-182 , Tika Bidadari Berbisik - Siti Farrah Shahwir & Noraini Ismail.
Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bertaubat. :')
like this post?

Semuanya kerana ibu
Aku lahir dari perut ibu..
(bukan kata orang..tapi memang benar!)
Apabila dahaga, yang susukan aku...ibu
Apabila lapar, yang menyuapi aku..ibu
Apabila sendirian yang selalu di sampingku ....ibu
Kata ibu,perkataan pertama yang aku sebut...ibu
Apabila bangun tidur, aku cari...ibu
Apabila nangis,orang pertama yang datang...ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati..ibu
Apabila inin bersandar,aku duduk sebelah ibu
Apabila sedih, yang dapat menghiburkan hanya..ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Apabila merajuk, yang mebujukku cuma..ibu
Apabila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...ibu
Apbila takut, yang menenangkan aku...ibu
Apabila ingin peluk, yang aku suka peluk...ibu
Aku selalu teringatkan ..ibu
Apabila sedih , aku mesti telefon ...ibu
Apabila senang , orang pertama aku ingin beritahu..ibu
Apabila marah aku suka meluahkannya pada ibu
Apabila takut, aku selalu panggil "ibuuuuuu!"
Apabila sakit , orang plaing risau adalah ..ibu
Apabila aku ingin berpergian, orang paling sibuk juga..ibu
Apabila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku ..ibu
Apabila aku ada masalah, yang paling risau...ibu
Yang masih peluk cium aku sampai hari ini...ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Kalau pulang ke kampung,yang selalu memberi bekal..ibu
Yang selalu menyimpan dan menguruskan barang-barang aku..ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku..ibu
Yang selalu memuji aku..ibu
Yang selalu menasihati aku...ibu
Apabila ingin menikah...orang pertama aku datangi dan minta persetujuan..ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Apabila senang, aku cari..pasanganku
Apabila sedih, aku cari...ibu
Apabila mendapat keberhasilan aku ceritakan pada..pasanganku
Apabila gagal, aku ceritakan pada ...ibu
Apabila bahagia, aku peluk erat..pasanganku
Apabila berduka , aku peluk erat ..ibuku
Apabila ingin berhibur, aku bawa..pasanganku
Apabila sibuk,aku hantar anak ke rumah..ibu
Apabila sambut hari lahir,aku ceri hadiah pada pasanganku
Apabila sambut hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu..ibu ingat aku
Setiap saat..aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku ingin telefon ibu..
Selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku ingin belikan hadiah untuk ibu
Tapi kalau ibu sudah tiada..
IBUUU..RINDU IBU..RINDU SEKALI..
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya..
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya..
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya..
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
dan akhir sekali berapa banyak yang mendoakan ibunya...
Sumber: m/s183 ,Dari Lubuk Hati Ibu. Ustazah Norhafizah Musa
like this post?
(bukan kata orang..tapi memang benar!)
Apabila dahaga, yang susukan aku...ibu
Apabila lapar, yang menyuapi aku..ibu
Apabila sendirian yang selalu di sampingku ....ibu
Kata ibu,perkataan pertama yang aku sebut...ibu
Apabila bangun tidur, aku cari...ibu
Apabila nangis,orang pertama yang datang...ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati..ibu
Apabila inin bersandar,aku duduk sebelah ibu
Apabila sedih, yang dapat menghiburkan hanya..ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Apabila merajuk, yang mebujukku cuma..ibu
Apabila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...ibu
Apbila takut, yang menenangkan aku...ibu
Apabila ingin peluk, yang aku suka peluk...ibu
Aku selalu teringatkan ..ibu
Apabila sedih , aku mesti telefon ...ibu
Apabila senang , orang pertama aku ingin beritahu..ibu
Apabila marah aku suka meluahkannya pada ibu
Apabila takut, aku selalu panggil "ibuuuuuu!"
Apabila sakit , orang plaing risau adalah ..ibu
Apabila aku ingin berpergian, orang paling sibuk juga..ibu
Apabila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku ..ibu
Apabila aku ada masalah, yang paling risau...ibu
Yang masih peluk cium aku sampai hari ini...ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Kalau pulang ke kampung,yang selalu memberi bekal..ibu
Yang selalu menyimpan dan menguruskan barang-barang aku..ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku..ibu
Yang selalu memuji aku..ibu
Yang selalu menasihati aku...ibu
Apabila ingin menikah...orang pertama aku datangi dan minta persetujuan..ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Apabila senang, aku cari..pasanganku
Apabila sedih, aku cari...ibu
Apabila mendapat keberhasilan aku ceritakan pada..pasanganku
Apabila gagal, aku ceritakan pada ...ibu
Apabila bahagia, aku peluk erat..pasanganku
Apabila berduka , aku peluk erat ..ibuku
Apabila ingin berhibur, aku bawa..pasanganku
Apabila sibuk,aku hantar anak ke rumah..ibu
Apabila sambut hari lahir,aku ceri hadiah pada pasanganku
Apabila sambut hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu..ibu ingat aku
Setiap saat..aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku ingin telefon ibu..
Selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku ingin belikan hadiah untuk ibu
Renung-renungkan:Berderai air mata mendengarnya...
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...masih ingatkah kau pada ibu lagi? Tidak banyak yang ibu inginkan ...hanya dengan menyapa ibu pun cukuplah."
Tapi kalau ibu sudah tiada..
IBUUU..RINDU IBU..RINDU SEKALI..
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya..
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya..
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya..
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
dan akhir sekali berapa banyak yang mendoakan ibunya...
Sumber: m/s183 ,Dari Lubuk Hati Ibu. Ustazah Norhafizah Musa
like this post?

Mencintai Tuhan Kita Pasti Bertemu
Dan tersulamlah simpulan seorang pemuda dan gadis. Mereka mencintai Tuhan mereka. Mereka tak pernah mahu rasa membuncah sebelum akadnya. Berusahalah. Usah penat dan lelah. Sungguh, pendam mereka pendam teragung.
Berlarilah bersama sebuah harapan. Disulam, bersama benih-benih ingatan. Kadang hati itu rasa mahu untuk mengetahui. Terkadang hati yang sama itulah, ingin benar untuk mengkhabarkan. Kerna lumrah yang berbolak balik. Ke atas dan ke bawah manapun, harapan itu tetap sama. Kerna telah wujud sebuah ingatan.
Dan tanpa calar yang dalam, dan tanpa rentas syariat agamanya, maka sudah tentu hati berbicara pada suatu sudut yang berbeza. Mengorbankan rasa untuk sebuah gelojak serba dan salah.
Memegang erat-erat kalam Tuhan. Di dalamnya terdapat cahaya dan jalan untuk dipegang. Andai terjelepok, koreksilah jiwa. Andai mendekat, teruslah mengucup keredhaan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang berharap tak pernah luntur, akan sentiasa mengorbankan rasa yang terpendam.
Betapa hati itu bertemankan manik-manik tulus. Kerna menjauhi untuk menemui. Dan melalui hari-hari esok, dengan menyibukkan diri dari mengingati. Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara.
Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza.
Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya. Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh.
Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Semoga, itulah lafaz yang ingin benar dilafazkan. Suatu hari, bergeraklah ke arahnya. Betapa cinta selepas akad itu terindah. Namun, sudah tentu doa-doa yang berharapkan kan bertemu. Untuk mereka yang memelihara diri dan nafsu. Berpisah menjauhi zina. Bertemu menyulam cinta terpelihara. Semoga berjaya.
Engkaulah Tuhanku.. Allah Yang Maha Menyentuh Jiwa yang mahu disentuh.. Sekali disentuh oleh-Mu, ku kan jadi buta.. Pada mohon mulia tangan-tangan yang menyapa.. Dan daku bermohon.. Agar hatiku sentiasa tersentuh dek rahmat-Mu.. Untuk aku kekal ke rumah tasikku.. DEMI dan HANYA redha-Mu.. Takkan sesekali jiwaku tergugah!!
- Sumber : iluvislam like this post?








